Friday, March 11, 2016

Jangan mencari kesempurnaan dalam diri mereka yang berada di sekeliling anda. Carilah yang dapat membuatkan anda lebih baik dan hebat daripada sebelum ini. Yang sempurna belum tentu baik, yang tidak sempurna belum tentu tidak baik.

Sunday, October 4, 2015

Syukur

Hidup di bumi Tuhan ini jangan terlalu banyak meminta. Terimalah apa sahaja nikmat yang telah Tuhan sediakan. Apa yang hendak engkau runsingkan jika engkau yakin dunia ini hanya sementara?

Thursday, August 29, 2013

Teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabatku. Jangan pernah putus asa dengan kehidupan. Gali ilmu sebanyak mungkin. Sementara Allah masih meminjamkan udara untuk kita hirup.
Melihat pada yang syahid di bumi Mesir, mulalah berkata hati kecilku. Apakah aku layak masuk ke syurga setelah hidup bertahun-tahun di bumi ini tidak satu dakwah pun aku lakukan demi agama islam. Aku berasa amat jauh dengan Tuhan. Melihat semangat perjuangan islam mereka membuatkan aku berasa lebih sedih hanya duduk melihat perjuangan suci itu. Apa sumbangan aku pada agamaku sendiri? Apa yang akan aku jawab ketika disoal dalam kubur? 
Sememangnya sukar ingin mengubah pemikiran orang lain yang sudah jauh berbeda dengan kita. 
Allah SWT : Makin mengenali Sifat-SifatNya, makin membuatkan aku ingin dekat padaNya.
Manusia : Makin mengenali sikap-sikap mereka, makin membuatkan aku ingin lebih jauh pada mereka.

Apa lagi yang kita perlu? Hanya Allah SWT.
Lama kelamaan, aku belajar sesuatu dari kehidupan. Jangan bergantung selain dariNya. Dan syukur, apa sahaja yang terjadi antara aku dan makhlukNya mahu yang baik atau buruk, aku mula redha dan berlapang dada. Kerana semua di dunia bukan milikku tetapi milik Yang Maha Esa. Dan sentiasa bersederhana dalam setiap perkara duniawi. Ianya tidak akan kekal selamanya.