Friday, January 7, 2011

       Tentang nama-nama sungai di syurga , tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran . Tetapi dalam sebuah hadis ada disebutkan . 


" Bahawanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai Rajab , airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu . Sesiapa yang puasa satu hari dalam bulan Rejab , maka Allah memberikan minuman dari sungai itu . " 


                                                       < Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim >


Yang jelas sungai yang bernama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini . Walau bagaimanapun di dalam keterangan lain disebutkan bahawa syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kautsar dan Al-Firdaus . Tentang Al-Kautsar , Anas r.a ada bercerita bahawa Rasulullah SAW tidur di atas tikar jerami , tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya baginda tersenyum . Anas r.a bertanya , "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah ? " Baginda menjawab , " Ayat yang diturunkan kepadaku (yang bermaksud) , 


         Firman Allah SWT di dalam surah al-Kautsar ~ 1-3 , 


" Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kautsar) , maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah . Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. "
Kemudian baginda bertanya , "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kautsar ?  " Anas menjawab , "Allah dan rasulNya yang lebih tahu , " Lalu Rasul menerangkan , 

" Al-Kautsar itu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah SWT , pada sungai itu banyak kebajikan . Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya . Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit . " 

                                                               < Hadis Riwayat Muslim >

Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan , Nabi SAW bersabda yang bermaksud , 

" Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam . Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang . Dan aku mengharap , bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang . "

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kautsar ini , tentu banyak di antara kita  yang berharap agar menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut . Agar harapan ini menjadi nyata , maka hendaklah kita berusaha mencari keredaan Allah SWT dalam kehidupan ini dari segala segi .  

No comments:

Post a Comment